Profile Penulis

Dr Azizan Osman

Pengasas & Pengerusi Eksekutif
Richworks Group of Companies

Merupakan Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada Richworks International Sdn Bhd. Ianya merupakan satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records pada tahun 2012 sebagai syarikat yang terbesar di Malaysia dalam penganjuran pelbagai seminar dan program dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi.

Sehingga hari ini, Dr Azizan telah melatih lebih daripada 500,000 peserta dan setiap seminar Dr Azizan, pasti dibanjiri oleh beribu-ribu peserta sehingga melimpah ke luar dewan. Sebagai seorang pemimpin di dalam bidang kejurulatihan, penceramah, penulis buku-buku pemasaran dan kejayaan yang terlaris di pasaran “Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan” dan buku Magnet Kekayaan dan Kejayaan, Dr Azizan merupakan seorang usahawan yang telah mengasaskan 27 buah syarikat di dalam pelbagai industri.

Antaranya ialah agensi pengiklanan berakreditasi ke penerbitan, pencetakan, rekacipta, jenama dan produk, pelaburan hartanah dan syarikat perkhidmatan korporat. Dr Azizan merupakan pengasas kepada Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad (PUSB) yang membantu sekelompok usahawan untuk memperluaskan portfolio mereka.

Dr Azizan bukan sahaja telah menjadi inspirasi dan mentor kepada ramai usahawan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, bahkan juga sentiasa menjadi pusat rujukan oleh pelbagai agensi kerajaan dan organisasi di dalam bidang latihan pembangunan usahawan. Melalui “Sentuhan Emas” beliau, Dr Azizan telah membuktikan kejayaan di dalam melahirkan ramai usahawan yang bermula dari kosong sehingga mencapai tahap jutawan melalui formula kejayaan beliau yang efektif, efisien dan terbukti berkesan.

Dr Azizan yang mempunyai pengalaman luas, terlibat di dalam pengurusan portfolio pengiklanan dan pemasaran sejak tahun 2001 untuk beribu buah syarikat kecil & sederhana (IKS) serta organisasi seperti TM, DIGI, Celcom, Maxis, HSBC, Standard Chartered, WWF dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA).
 
Dr Azizan pernah diundang untuk bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu siri program pembangunan usahawan di seluruh Malaysia yang mana ianya merupakan inisiatif YAB Perdana Menteri Malaysia. Selain daripada itu, Dr Azizan juga turut diundang untuk berkongsi ilmu dengan usahawan dan bakal usahawan di beberapa universiti seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Utara Malaysia dan juga di Expo Usahawan di London, United Kingdom serta Chicago, Amerika Syarikat untuk berkongsi pengetahuan mengenai keusahawanan dan strategi pemasaran.

Dr Azizan telah mengasaskan pelbagai siri klinik usahawan dan seminar berkaitan topik keusahawanan, perniagaan dan pemasaran. Beliau kini telah diiktiraf sebagai pakar di dalam bidang latihan pembangunan usahawan dan pemasaran terbaik di Malaysia. Beliau kini juga sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya, Doctor of Philosophy in Business Administration (PhD) di City University College of Science and Technology.

Ustaz Hj Asraff Ayob Al-Hafiz

Pengarah UrusanFurqanworks

Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz merupakan pemegang B.A (Hons) Al-Quran & Qira’at, Universiti Al-Azhar, Mesir dan juga Masters (Psychology I.O), U.K.M. Memiliki pengalaman 20 tahun dalam dunia hafazan dan ilmu Al-Quran.

Selama lebih 20 tahun, Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob telah menghabiskan masanya dengan 3 'passion' : pertama adalah tentang Bacaan Al-Quran. Beliau mahu mantapkan para pelajarnya di dalam ilmu tajwid hingga ke tahap pakar seperti para Qari Al-Quran dari tanah Arab. Atas desakan itu, beliau berusaha ke Mesir (Universiti Al-Azhar) kerana di sanalah berhimpunnya pakar-pakar Al-Quran. Alhamdulillah beliau sempat bertalaqqi dengan 3 orang masyayikh terkemuka & tersohor iaitu Syeikh Hassan Rajab, Syeikh Sayyid & Syeikh Nabil Mohd hingga mendapat ijazah & sanad Al-Quran yang diiktiraf & bersambung terus hingga ke Rasulullah s.a.w. Kesempatan berada di bumi Mesir itu tidak disia-siakan olehnya lantas beliau mendalami lagi ilmu Qiraat Al-Quran, yang bukan hanya Qiraat Hafs 'An A'sim atau Qiraat tujuh tetapi hingga Qiraat sepuluh di Mesir. Di sana juga, beliau berpeluang menguasai kebanyakan ilmu lain berkaitan Al-Quran ini seperti : Dabtul Quran, Fawasil, Rasm Al-Quran, Tarikh Qurra', Hifzul Mutun dan lain-lain.

Perkara yang kedua adalah berkaitan Hafazan Al-Quran. Setelah menamatkan pelajaran di peringkat sekolah rendah, beliau telah mula menghafaz AL-Quran. Hafazan yang kuat hasil latihan berterusan telah dibuktikan dengan kemampuan beliau dilantik sebagai imam jemputan solat tarawih 30 juz di masjid terkenal dan pencapaian terbaik beliau ialah ketika diberi kepercayaan untuk digandingkan bersama Syeikh Jibril, imam terkemuka antarabangsa dari Mesir untuk mengetuai solat tarawikh 30 juz di Masjid Wilayah pada tahun 2007. Kini beliau adalah Pengarah Urusan Syarikat Furqanworks Sdn Bhd yang sedia berkhidmat khusus dalam pembangunan manusia dan Al-Quran.

Fokus beliau yang ketiga adalah di dalam Kefahaman Al-Quran.Subjek tafsir Al-Quran memang menjadi minat beliau sejak awal lagi. Segala poin induk tafsir telah dipelajari dari kitab induknya seperti Al-Itqan Fi Ulumil Quran, Usul tafsir, Tafsir Ibn Katsir, Tafsir Tabari dan berbagai lagi. Kini, beliau lebih asyik meneroka cabang baru tafsir : Melihat Al-Quran sebagai kumpulan 6,236 ayat hikmah dan positif dari Tuhan. Turut bersama ialah pengkajiannya di dalam Al-Quran sebagai satu buku yang penuh dengan 'tips & teknik' untuk menjadikan manusia lebih kaya, berjaya, bahagia dan hidup luarbiasa. Ilmu psikologi yang beliau pelajari di peringkat Masters sangat membantu kerana ia adalah satu ilmu penting mengenal manusia agar segala inputnya memberi lebih kefahaman untuk menyatukan Al-Quran dengan kita : manusia sekaligus makhluk Allah berstatus mulia iaitu hamba & khalifah. Semuanya itu perlu dikongsikan agar manfaatnya tersebar ke serata alam.